Tahniah Saudara Kamarul dan Bakhtiar Peguam Dalam Kes Bersejarah Di Mahkamah Persekutuan

Tahniah kepada saudara Kamarul Arifin dan Bakhtiar peguam dan exco Abimn9 yang mewakili anakguam dalam Kes bersejarah di Mahkamah Persekutuan mengenai isu hak jagaan anak pasangan muslim dan bukan muslim.

Dalam kes ini Mahkamah Persekutuan secara asasnya memutuskan bahawa pihak yang telah berkahwin mengikut LRA (Law Reform (Marriage & Divorce Act), maka pembubaran dan pembatalan juga mesti melalui LRA termasuklah apa-apa permohonan ‘ancillary’ yang lain. Maka Mahkamah Syariah meskipun punyai peruntukan di seksyen 46(2)(Enakmen Keluarga Islam Negeri Sembilan) tidak mempunyai bidangkuasa untuk membubarkan perkahwinan muallaf apatah lagi mendengar permohonan hak jagaan anak muallaf itu. Dalam kata lain, Enakmen keluarga Islam negeri, cara perkahwinan dan perceraian hanya terpakai untuk orang Islam sahaja, tidak terpakai untuk muallaf yang sebelum ini berkahwin secara sivil.

Ini termasuklah permohonan-permohonan lain yang nak dibuat mengenai perkahwinan terdahulu yg dilangsungkan secara perkahwinan sivil. Hak jagaan juga perlu dimohon dan dibuat di Mahkamah Sivil meskipun anak itu telah Islam.

Keputusan ini selari dengan apa yg di umumkan oleh MB seketika lalu dan ia sedang dilaksanakan dalam SOP pemelukan Islam bilamana sijil perakuan Islam tidak akan dikeluarkan oleh pendaftar saudara baru melainkan atau sehingga urusan perkahwinan sivil di selesaikan terlebih dahulu.

image

image

image

image

About ABIM Negeri Sembilan

ABIM Negeri Sembilan Darul Khusus.
This entry was posted in Abimns. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s