Deklarasi Port Dickson Tamrin Qiyadi N9 2016

Tamrin Qiyadi kali ini menutup tirainya dengan perasmian penutup disempurnakan Presiden ABIM sendiri. Presiden juga berkenan untuk meluncurkan buku tulisan YDP Abimn9 sebanyak 4 buah yang baru diterbitkan sempena PBAKL.

Tamrin Qiyadi menghasilkan 7 Resolusi yang dinamakan sebagai Deklarasi Port Dickson:

1. Mengangkat dan menyambut tema kebangkitan Islam Jilid 2.0.
2. Memperkukuhkan agenda dan teras Jemaah iaitu urusan gerakan, tarbiyah dan kaderisasi, latihan dan pendidikan, belia dan intelektual, antarabangsa dan perpaduan, sosial dan masyarakat madani.
3. Menyediakan pelan strategik dan tindakan Abimn9 yang komperehensif.
4. Meningkatkan kerjasama dan rakan strategik dengan Abim pusat, Abim negeri dan agensi termasuk SRI dan SMI Abim.
5. Menyediakan pelan ‘succession planning’ bagi mempersiapkan generasi yang akan menyambung legasi jemaah.
6. Membuat penilaian berkala dan berterusan terhadap impak dan perlaksanaan program dan aktiviti bagi memastikan kualiti dan keefisyenannya.
7. Meningkatkan fokus dan perhatian pada perancangan dan perlaksanaan program ke arah memperkasakan dan memberdaya wanita dalam masyarakat.

Tahniah semua kerana berjaya menjayakan Tamrin kali ini. Alhamdulillah. Terima kasih pada semua khususnya pada urusetia yang bertungkus lumus menguruskan Tamrin Qiyadi 2016 dan kepada semua peserta.

#KEBANGKITAN JILID 2.0
#ABIMN9

image

image

image

image

image

image

About ABIM Negeri Sembilan

ABIM Negeri Sembilan Darul Khusus.
This entry was posted in Abimns. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s