Iftar Perdana Dan Pidato Ramadhan

Exco Abimn9 menghadiri majlis iftar perdana di Kolej Dar al Hikmah. Majlis diserikan dengan Pidato Ramadhan Dato Dr Siddiq Fadzil bertajuk Maqasid al Quran.

Maqasid Qur’an | Catatan Pidato Ramadhan
Oleh Ustaz Prof. Dato’ Dr Siddiq Fadzil, 22 Jun 2016

1. Maqasid Qur’an ialah untuk mengislahkan insan

2. Qur’an diturunkan untuk memperbaiki manusia supaya manusia dapat menguruskan alam dan seisinya sebaik mungkin.

3. Manusia yang telah diislahkan adalah manusia yang berkhidmat kpd manusia seluruhnya di samping mengabdi kepada Allah

4. Maqasid penciptaan manusia ada dua:
1. Beribadat kepada Allah
2. Berkhidmat kepada manusia

5. Ayat ali imran (110) ditafsirkan:
-kamu adalah manusia terbaik yang ditampilkan untuk memberi manfaat kepada umat manusia keseluruhnya
-umat terbaik itu bermaksud, mereka dapat menjamin keselamatan manusia manapun bila berada di kalangan mereka
= ini watak manusia yg telah diislah oleh al-qur’an

6. Mesej kita adalah misi universal yang merentasi bangsa dan agama. Tidak wajar kepada umat islam yg setia pada misi ini membolot kebaikan untuk mereka sahaja dengan menafikan hak manusia lain untuk ikut menerima kebaikan itu.

7. Syeikh Taha Jabir ada mengungkapkan istimewanya umat islam ini adalah umat yang dikeluarkan (ditampilkan) yang punya misi mengeluarkan (membebaskan dari kesesatan/kezaliman/kegelapan kepada dunia baru dalam benderang cahaya)

8. Perkara pertama perlu diislahkan pada diri manusia adalah aqidahnya. Zikir yang paling utama ialah lailahaillallah (maksud tiada tuhan selain Allah memiliki implikasi besar iaitu pembebasan manusia sebagai hamba hanya kepada Allah bukan kepada yang lain).

9. Tujuan pengkisahan sejarah di dalam Qur’an merupakan misi para rasul untuk mengingatkan umat manusia tentang hari-hari Allah

10. Peristiwa sejarah diungkapkan sebagai jalan untuk mengislahkan manusia dengan manusia mengambil pengajaran atau ibrah dari sejarah

11. Kisah Zulkarnain dalam melaksanakan strategi pemberdayaan manusia yang lemah. Raja yang kuat ini meminta bantuan dengan berkata bantulah aku dgn kekuatanmu yang maksudnya kamu tidak lemah, kamu adalah umat yang kuat.

12. Kisah Nabi Musa yang membina jiwa merdeka dalam diri Bani Israel dengan membawa keluar dari Mesir.

13. Pengetahuan sejarah penting kerana tanpa sejarah kita mungkin mengulangi sejarah termasuk dalam berorganisasi seperti ungkapan; How can you know where you are going if you don’t know where have you have been?

14. Kisah burung hud-hud menunjukkan rakyat sekecil hud-hud pun berani berkata kepada Nabi Sulaiman, seorang raja besar.
Penganjarannya rakyat kecil jangan sesekali diremehkan dan orang besar tidak tahu semua perkara.

15. Kisah Ratu Balqis yang mengajak pembesar-pembesarnya bermesyuarat sebelum membuat sebarang keputusan.
Menunjukkan ada hikmah dalam pentadbiran Ratu Balqis dan keupayaan wanita sebagai pemimpin.

image

image

image

About ABIM Negeri Sembilan

ABIM Negeri Sembilan Darul Khusus.
This entry was posted in Abimns. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s