Selamat Ulangtahun ABIM Ke-45

​Perutusan Dato Seri Anwar Ibrahim Sempena 45 Tahun Penubuhan ABIM 
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran  dirafa’kan ke hadrat Allah Azza wa Jalla serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Salla’Llahu ‘alayhi Wasallam. 
Hari ini 6 Ogos 2016 genap sudah usia 45 tahun Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Coretan sejarah awal ABIM dimulai dengan pentas Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). PKPIM merupakan gerakan pelajar yang telah meletakkan asas yang sangat kukuh bagi menjana kesedaran baru pasca kemerdekaan. PKPIM juga telah menunjangi gagasan dan gerakan untuk menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), serta Bank Islam. 
Namum yang lebih utama ialah tiupan kesedaran Islam sebagai “ad-Din” ikhtiar menggilap idealisme di kalangan mahasiswa dan generasi muda. Menerusi usaha tersebut, PKPIM telah berjaya menggabungkan kekuatan mahasiswa dan pelajar seluruh  negara hingga melahirkan tunas-tunas muda yang terdedah dengan kebangkitan baharu dan kemudiannya menjadi aset utama dalam kegiatan-kegiatan penting seperti pendidikan, pentadbiran dan sosial.
Kelahiran tunas-tunas subur yang dilandasi nilai kepemudaan inilah yang telah menubuhkan ABIM dengan misi as-sohwah (kebangkitan) untuk meratakan kesedaran Islam sebagai satu cara hidup – Islam as a Way of Life.  ABIM telah mencecah usia ke-45 tahun pada tarikh yang bersejarah ini,  menyelami denyut nadi ummat, mengakar dan merimbun di gelanggang dakwah. ABIM hari ini sudah mara lebih jauh dan pengaruhnya sudah mencapah dalam pelbagai lapangan. Walhasil,  ABIM perlu sentiasa waspada dalam menangani perubahan dan bersedia mendepani tentangan zaman yang serba mencabar. 
Insha Allah, berkat doa dan kesungguhan seluruh warga penggerak dan pendukungnya, ABIM akan terus relevan sebagai dhamir masyarakat dan Jurubicara Umat. Moga ABIM terus melahirkan lebih banyak tunas muda sebagai pemimpin-pendidik dan agen perubahan yang mempelopori kebangkitan umat era baru. 
Anwar Ibrahim

Sungai Buloh

About ABIM Negeri Sembilan

ABIM Negeri Sembilan Darul Khusus.
This entry was posted in Abimns. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s