Selamat Hari Guru Daripada ABIM

#TerimaKasihCikgu #ABIM
UCAPAN HARI GURU ABIM 2017.
Tiada lafaz yang lebih indah dari mengucapkan TERIMA KASIH CIKGU pada hari yang berbahagia ini. 
Sesungguhnya profession ini kini, menghadapi banyak dugaan dan cabaran baru yang mengkehendaki setiap guru menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjayanya.
Perubahan yang pantas berlaku di dunia hari ini dan di negara kita memerlukan para guru segera bingkas bangun mendepani cabaran yang ada berbekalkan ilmu dan tindakan yang proaktif.
Hal ini demikian, supaya dapat mencorakkan sekaligus membawa ummat mendahului dalam semua bidang bagi memastikan kita bergerak sederap ke arah Malaysia yang lebih baik dan sejahtera
Agenda besar untuk meratakan Falsafah Pendidikan al-Hikmah bertujuan untuk membina khayriyyatul ummah iaitu keunggulan umat perlu didukung bersama. 
Kita amat yakin, sistem pendidikan yang berteraskan iman dan  komitmen terhadap nilai-nilai kemakrufan, dan semangat melawan gejala kemungkaran, akan merealisasi impian melahirkan Khayra Ummah. 
Khayriyyah (keunggulan) ini adalah keunggulan bersyarat (syurut al-muktasabah), ia bukan suatu keunggulan yang diwarisi (la ‘unsuriyyahy mawruthah).
Al-Ghazali menganggap bahawa mendidik adalah pekerjaan yang paling mulia. Ia berkata bahawa seorang yang berilmu dan kemudian bekerja dengan ilmunya itu, dialah yang dinamakan orang besar di bawah kolong langit. 
Ia bagai matahari yang mencahayai orang lain, sedang ia sendiripun bercahaya. Ibarat minyak kasturi yang baunya dinikmati orang lain, ia sendiripun harum. 
Lebih jauh lagi, al-Ghazali mendefinisikan pendidik sebagai orang yang bertugas menyempurnakan, membersihkan, menyucikan, serta membawakan hati manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. 
Saya ingin merakamkan penghargaan khusus untuk semua para pendidik lebih-lebih lagi untuk semua para pendidik yang setia berkhidmat disemua Institusi Pendidikan ABIM dari TASKI, SERI, SEMI, Tahfiz dan Kolej Dar Al Hikmah.

Selamat Hari Guru, Cikgu!
Moga Allah Merahmati dan Memberkati Jasa dan Bakti!

Sdr Mohamad Raimi Abdul Rahim,

Presiden ABIM.

About ABIM Negeri Sembilan

ABIM Negeri Sembilan Darul Khusus.
This entry was posted in Abimns. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s