Pimpinan Abim N.9 Hadiri Persidangan Antarabangsa di Seoul, Korea

16-20 September 2017

YDP Abim N.9 Dr.Zulkifli Hasan diiringi Sdra.Faridh Omar (exco dakwah) menghadiri persidangan antarabangsa di Seoul Korea.
Bertemakan World Peace, persidangan anjuran HWPL ini bakal menghimpunkan lebih 1000 peserta dari seluruh dunia. 

About ABIM Negeri Sembilan

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili salah satu pergerakan belia Islam di Malaysia. ABIM telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengerusi penaja penubuhannya ialah Ustaz Abdul Wahab Abdullah (Almarhum) dan Setiausahanya ialah Sdr. Fauzi Abdul Rahman (Dato’). Pada 17 Ogos 1972, ABIM telah didaftarkan secara rasmi dibawah Akta Pertubuhan 1966. Manakala pada tahun 2009, setelah pihak kerajaan membuat semakan terhadap dasar belia negara, ABIM telah didaftarkan penubuhannya dibawah Akta Pertubuhan-pertubuhan Belia 2007. ABIM telah melangsungkan Persidangan Agung Tahunan atau Muktamar yang pertama pada tahun 1972. Di Muktamar ini, Ustaz Razali Nawawi (Prof. Dr.) telah dipilih sebagai Presiden pertama. Muktamar juga telah memilih Sdr Anwar Ibrahim sebagai Setiausaha Agung. Semenjak itu, ABIM telah menjayakan kegiatannya dengan jaya. Era awal pergerakannya dicorakkan oleh usaha bagi mempertegaskan idealisme dan cita-cita perjuangan. Pelbagai kegiatan direncanakan bagi menjelaskan identiti ABIM sebagai sebuah pertubuhan belia dan gerakan Islam yang berteraskan prinsip dakwah dan tarbiyyah sebagai asas pendekatan pergerakannya. Cita-cita utama ABIM ialah bagi menyumbang secara proaktif pembinaan sebuah masyarakat Islam yang mampu menjadi teras terhadap proses pembinaan negara bangsa Malaysia yang utuh di dalam pelbagai aspek kehidupan. Bagi mencapai cita-cita tersebut, ABIM telah menumpu banyak usaha membangun kerangka faham masyarakat terhadap agama Islam sebagai satu bentuk cara hidup yang menyeluruh serta mempertegaskan prinsip-prinsip masyarakat madani di dalam segala aspek kemasyarakatan, perundangan dan kenegararaan
This entry was posted in Abimns. Bookmark the permalink.

Leave a comment