Usrah ABIM Nilai, kali pertama 2019

10 Jan, Rabu

Usrah ABIM Nilai diadakan di rumah exco Dakwah ABIMNS, Mohd Faridh dan Bendahari ABIMNS, NurShamimi. Turut hadir exco Latihan ABIMNS, Fakruradzi dan beberapa orang ahli PPINS dan ABIM.

Usrah diisi dengan tafsir surah al-Fath yang menerangkan berkenaan kemenangan yang diraih umat Islam setelah Perjanjian Hudaibiyyah. at-Thabari menyentuh ayat pertama surah ini dengan surah an-Nasr untuk memberi gambaran bahawa kemenangan yang diraih adalah hasil pertolongan Allah jua.

Kemenangan ini juga boleh dikaitkan dengan pelbagai hal di dalam kehidupan, ada yang melihat kemenangan politik sebagai kemenangan, ada pula melihat kemenangan itu adalah kejayaan dalam peperiksaan dan sebagainya. Walaubagaimanapun pemahamannya, kemenangan hakiki ialah apabila seorang mukmin itu mendapat redha Allah jua.

Pada ayat kedua sehingga kelima pula dijelaskan ganjaran-ganjaran yang Allah berikan kepada orang mukmin; diampunkan dosa, disempurnakan iman dan diberikan hidayah. Kemudian ayat 4 dan 5 pula menyebut tentang turunnya sakinah (ketenangan) dan ditambahkan keimanan serta dimasukkan ke dalam syurga. Begitulah janji Allah pada mereka yang beriman dan sabar dalam memperjuangkan agama Allah.

Usrah diteruskan lagi dengan perbincangan berkenaan urusan dakwah dan jamaah. Kemudian usrah ditutup dengan tasbih kifarah dan surah al-Asr. Setinggi-tinggi penghargaan kepada saudara Faridh dan saudari Shamimi sekeluarga kerana memberi ruang untuk mengadakan usrah di rumah mereka.

About ABIM Negeri Sembilan

ABIM Negeri Sembilan Darul Khusus.
This entry was posted in Abimns. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s