Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

5 Jun 2019 / 1 Syawal 1440H

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt,

اللهُ أكْبَرُ, اللهُ أكْبَرُ, اللهُ أكْبَرُ
لا إِلهَ إِلاَّ اللهُ واللهُ أكْبَرُ
اللهُ أكْبَرُ وَِللهِ الحَمْدُ

Puji-pujian dan syukur ke hadrat Allah Swt atas limpahan nikmat dan rahmatNya dapat kita meneruskan kehidupan dan amal ibadat dengan penuh aman dan makmur. Solawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad Saw.

Bersempena dengan Eidul Fitilri 1440H ini, ABIM Negeri Sembilan mengucapkan selamat menyambut Eidul Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga Negeri Sembilan dan semua umat Islam.

Sesungguhnya Eidul Fitri adalah hari kebesaran yang sepatutnya disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran sepertimana disabdakan Rasulullah saw:

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ حُمَيْدٍ عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَلَهُمْ يَوْمَانِ يَلْعَبُونَ فِيهِمَا فَقَالَ مَا هَذَانِ الْيَوْمَانِ قَالُوا كُنَّا نَلْعَبُ فِيهِمَا فِي الْجَاهِلِيَّةِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ اْلأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ

Dari Anas bin Malik ra berkata bahawasanya Rasulullah SAW datang ke Madinah sedangkan mereka (penduduk Madinah) memiliki dua hari untuk bermain dan bergembira ria. Maka Rasulullah SAW bersabda, ‘Ada apakah dengan dua hari ini?’ Mereka menjawab, ‘Kami biasa bermain dan bergembira ria pada masa jahiliyah di dua hari tersebut.’ Rasulullah SAW bersabda, ‘Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikan dua hari kalian dengan dua hari yang lebih baik darinya, yaitu Eidul Adha dan Eidul Fitri.’ (Hadis Riwayat Nasa’i).

Ramadhan al Mubarak 1440h menyaksikan ABIMN9 meneruskan usaha dan amal berbakti kepada masyarakat. Alhamdulillah, kami telah berjaya menyampaikan sumbangan berbentuk barang dapur, beras dan wang tunai kepada mereka yang memerlukan di Negeri Sembilan. Moga sumbangan ini dapat sedikit sebanyak membantu dan menggembirakan penerima.

ABIMN9 ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua yang sudi memberikan sumbangan Ramadan menerusi kami. Terima kasih kepada ABIM Pusat, AIBIM, PPINS, MBD, LPPKN, JKSN, WADAH dan semua yang sama-sama menjayakan sumbangan Ramadan. Sebagai sebuah gerakan dakwah yang terlibat dalam pelbagai usaha dakwah merangkumi pendidikan, pembangunan belia, pembinaan insan, misi pencerahan, kebajikan dan kesukarelawanan, kecelikan undang-undang dan Syariah dan lain-lain, Abim Negeri Sembilan terus komited dan istiqamah cuba memberikan yang terbaik berbudi dan berjasa kepada masyarakat.

Seiring dengan Ruh Ramadhan al Mubarak dan semangat Eidul Fitri, ABIMN9 ingin mengajak semua untuk bersama-sama memakmurkan bumi bertuah ini dengan kasih sayang dan hormat-menghormati. Marilah kita menunjukkan keindahan Islam menerusi akhlak Islamiyah dan berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan.

Dalam penuh kegembiraan dan kesyukuran, janganlah melupai saudara kita yang sedang melalui ujian berat kesusahan dan kesengsaraan di seluruh dunia. Di samping ingatan, marilah kita berusaha untuk membantu dan menyumbang setakat termampu atau sekurang-kurangnya berdoa kepada Allah swt semoga diberikan kekuatan menghadapi ujian ini dengan penuh ketaqwaan.

Akhir kata, dengan penuh rasa kesyukuran dan rendah diri, kami ingin mengambil peluang ini memohon maaf atas segala salah dan silap. Setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua yang bersama-sama kami meneruskan misi para anbiya. Kami warga Abim Negeri Sembilan sekali lagi ingin mengucapkan Selamat Eidul Fitri kepada semua umat Islam, Maaf Zahir Batin.

1 Syawal 1440h

Ikhlas

PROFESOR MADYA DR ZULKIFLI HASAN

YDP ABIM NEGERI SEMBILAN

About ABIM Negeri Sembilan

ABIM Negeri Sembilan Darul Khusus.
This entry was posted in Abimns. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s