ABIMNS Menganjurkan Program Kembali ke Sekolah dan DERMAGA di Kg Orang Asli Sunggala PD.

Hari ini 19.01.2020 (Ahad) bertempat di Kg Orang Asli Sunggala Port Dickson telah diadakan satu Program penyerahan bantuan Kembali ke Sekolah kepada anak-anak orang Asal/asli Kampung ini.

Pada sesi pagi telah diadakan program DERMAGA-Dirimu Permata Berharga khusus buat anak-anak di kampung orang asli ini dimana telah disampaikan oleh team fasilitator yang berpengalaman dari kalangan aktivis ABIMNS & PPINS.

Penyerahan bantuan persekolahan telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ahli Parlimen Port Dickson.

Pihak ABIM NEGERI SEMBILAN merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak-pihak yang sudi menyumbang dana dan sumbangan kepada pihak ABIMNS untuk diagihkan kepada pihak-pihak yang tidak berkemampuan. Tidak lupa juga penghargaan buat DSAI & Pejabat Parlimen Port Dickson yang turut menyumbang & membantu menjayakan program hari ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Tok Batin Zamri yang sudi menerima kehadiran aktivis-aktivis ABIMNS & ppins untuk berprogram bersama dengan komuniti orang asli.

About ABIM Negeri Sembilan

ABIM Negeri Sembilan Darul Khusus.
This entry was posted in Abimns. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s