Mengenai ABIM

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hasil beberapa pertemuan generasi pengasas ketika itu. Pengerusi penaja rasmi ketika itu ialah Ustaz Abdul Wahab Zakaria dan Fauzi Abd. Rahman (sekarang Dato’) sebagai Setiausaha Agung. ABIM merupakan sebuah badan bukan kerajaan Islam yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan pada 17 Ogos 1972 di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Muktamar ABIM yang pertama telah diadakan pada tahun 1972 di mana Ustaz Razali Nawawi (sekarang Profesor Dr) telah dipilih sebagai Presiden ABIM yang pertama manakala Anwar Ibrahim (sekarang Dato’ Seri) dipilih sebagai Setiausaha Agung. Pada tahun 1974 Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Presiden ABIM yang kedua. Ustaz Siddiq Fadzil (sekarang Dato’ Dr) pula telah dilantik untuk memangku dan seterusnya menjadi Presiden ABIM selepas penyertaan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada tahun 1982.

Ustaz Muhammad Nur Manuty (sekarang Dr) telah dilantik sebagai Presiden pada tahun 1991. Pada September 1997, Ahmad Azam Abdul Rahman telah dipilih sebagai Presiden ABIM yang kelima di Muktamar Sanawi ABIM ke-26 di Alor Setar, Kedah. Pada Ogos 2005 pula, saudara Yusri Mohamad dipilih sebagai Presiden ABIM yang keenam di Muktamar Sanawi ABIM ke-34. Dalam era 1970-an, semasa ABIM berada di bawah kepimpinan Ustaz Razali Nawawi dan Anwar Ibrahim, ABIM mengambil pendekatan konfrontasi dan dengan demikian, ABIM menjadi lantang terhadap beberapa dasar dan pendirian pihak pemerintah. Pendekatan ini dirasakan sesuai dengan tuntutan dan keperluan era itu.

Pada dekad kedua, di tahun-tahun 1980-an, ketika kepimpinan Ustaz Siddiq Fadzil, pendekatan ABIM ditandai oleh perubahan orientasi ke arah pendekatan menangani dan menyelesaikan masalah (problem-solving). Pendekatan ini melahirkan banyak institusi dan agensi ABIM seperti Islamic Outreach-ABIM dan seumpamanya. Ketika dekad ketiga 1990-an pula, ABIM yang berada di bawah kepimpinan Ustaz Muhammad Nur Manuty berperanan lebih proaktif sebagai rakan dalam pembinaan negara (partner in nation-building).

Di alaf baru, Ahmad Azam Abdul Rahman membawa tema pemugaran semula idealisme untuk menggilap semula dinamika perjuangan serta agenda pemersatu ummah, bertepatan dengan tuntutan semasa yang begitu mendesak. ABIM terus menjadi jurubicara umat dalam pelbagai dimensi agar umat seluruhnya terpelihara iman, nyawa, harta, maruah, kebebasan, hak dan keselamatan mereka. Kini ABIM di bawah pimpinan saudara Yusri Mohamad memberikan tumpuan kepada agenda dakwah serta memperkasa agama dan bangsa. Pada 1 Ogos 2009, Muhamad Razak Idris dipilih sebagai Presiden ABIM yang ketujuh di Muktamar Sanawi ke-38. Kini Saudara Amidi Dato’ Abdul Manan menerajui ABIM sebagai Presiden kelapan ABIM.

Untitled

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s