SAMBUTAN 50 TAHUN ABIMNS & MUKTAMAR SANAWI ABIMNS KE-49

Dengan rendah diri dan rasa takzim, seluruh pimpinan ABIM NS menjemput Tuan/Puan/Dato/Datin/Prof/Dr ke Sambutan 50 tahun ABIM NS dan Muktamar Sanawi ABIMNS ke-49 dengan butiran berikut:

Tarikh: 20 Ogos 2022, Sabtu

Tempat: Dewan As-Siddiq, Wisma ABIMNS, Seremban

Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang

Posted in Abimns | Leave a comment

YDP ABIMNS dan GPM adakan ziarah ke pejabat SS Mufti NS

YDP ABIMNS Dr Mohd Faridh Hafez bersama delegasi Global Peace Mission (GPM) Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat SS Mufti Negeri Sembilan, Dato Hj Mohd Yusof bin Ahmad pada Khamis 14 Julai 2022

Tujuan lawatan adalah memberi penerangan kepada SS Mufti berkenaan gerak kerja kemanusiaan yang dilaksanakan GPM yang telah melangkaui 23 buah negara seperti Syria, Lubnan, Palestin dan lain-lain. Disamoing itu GPM turut memaklumkan kesediaan untuk meneroka peluang kerja sama bersama pejabat SS Mufti dalam agenda advokasi isu kemanusiaan sejagat dan masyarakat Islam di Malaysia melalui pendidikan dan bengkel-bengkel khusus di Negeri Sembilan.

Delegasi GPM diwakili oleh Pn Maria Kamel yang merupakan ahli pemegang amanah dan tiga orang aktivis GPM.

Posted in Abimns | Leave a comment

ABIMNS agihkan daging korban

Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Sembilan (ABIMNS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan kolaborasi; WADAHNS, IOA ABIMNS, PPINS, Global Peace Mission Malaysia (GPM), Pejabat Ahli Parlimen Tampin, Hospital Salam Seremban, Komuniti Melayu Kepulauan Cocos Australia, KONATRO serta para dermawan dan sukarelawan yang menjayakan perlaksanaan ibadah korban pada tahun ini.

ABIMNS menerima lapan ekor lembu untuk dilaksanakan ibadah korban pada tahun ini dimana kemudiannya telah diagihkan kepada lebih 300 asnaf, anak yatim dan muallaf di Negeri Sembilan khususnya di Tampin, Rembau, Seremban dan Nilai.

Dengan jayanya perlaksanaan korban ini adalah diharapkan ia menjadi saksi pemberat mizan hasanah kita semua di akhirat kelak insyaAllah.

Sekali lagi jutaan terima kasih diucapkan atas kepercayaan dan dokongan semua kepada gerak kerja dakwah ABIMNS di Negeri Sembilan.

Ikhlas:
Seluruh Pimpinan ABIMNS

Posted in Abimns | Leave a comment

Lawatan JKM NS ke ABIMNS

19 Feb, Jumaat bertempat di Wisma ABIM, Ampangan. Setiausaha ABIMNS, sdra Fakruradzi bin Abdullah telah menerima kunjungan pihak JKM NS bagi membincangkan program Bakul Makanan PERMAI 2021.

ABIM NS telah dipelawa untuk menjadi rakan strategik JKM NS bagi melaksanakan program ini. Sebanyak 26,313 pek bakul makanan akan diberikan secara one-off kepada penerima bantuan JKM.

Semoga dengan kerjasama ini dapat membuka ruang bagi ABIM NS untuk mempergiatkan usaha dakwah dan islah di Negeri Sembilan.

Posted in Abimns | Tagged , , , | Leave a comment

Sesi Bual Polisi Belia Bersama YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan secara Online

18 Feb 2021, Khamis – Pen SUA ABIM Negeri Sembilan telah menghadiri sesi bual polisi belia secara dalam talian yang dipengerusikan oleh YB Senaor Tuan Wan Ahmad Fayhsal, Timb Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Tujuan utama sesi ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklum balas mengenai persediaan pertubuhan belia ke arah perubahan polisi peralihan kepimpinan yang telah diumumkan dalam pindaan Akta 668 yang meliputi pindaan had umur, umur pemegang jawatan, tempoh masa memegang jawatan dan kebenaran memegang jawatan hingga tamat penggal. Selain itu, pertubuhan belia yang menyertai sesi ini diberikan ruang untuk menyuarakan pendapat dan kegusaran seperti persediaan pelapis dalam kalangan anak muda, peruntukan untuk pertubuhan belia dan pelan tindakan yang holistik untuk kelangsungan jangka masa panjang pertubuhan belia.

Posted in Abimns | Leave a comment

Sambutan Maulid Nabi SAW & Doa Selamat Pembukaan Sekretariat ABIM K.Pilah

Alhamdulillah, bersempena Maulid Nabi SAW. ABIM Negeri Sembilan bersekali dengan ABIM Kuala Pilah telah mengadakan Sambutan Maulid Nabi SAW dan Majlis Doa Selamat pembukaan Sekretariat ABIM Kuala Pilah.

Bersempena hari mulia memperingati Nabi SAW, marilah sama kita semarakkan amalan memperingati Nabi SAW. Bukan sahaja pada hari dan bulan ini sahaja, tetapi berterusan sepanjang hayat kita.

Ingatan melalui sebutan dengan selawat, ingatan melalui perbuatan dengan akhlak terpuji, ingatan dengan terus menonjolkan dan menzahirkan keindahan Islam.

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

al-Ahzab: 33

رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ

Maksudnya: “Amat rugilah seseorang itu apabila disebutkan namaku tetapi dia tidak berselawat ke atasku.” [Riwayat Ahmad (7451) dan al-Tirmizi (3545)

وعن ابن مسْعُودٍ أنَّ رسُول اللَّهِ ﷺ قَالَ: أَوْلى النَّاسِ بِي يوْمَ الْقِيامةِ أَكْثَرُهُم عَليَّ صَلاَةً رواه الترمذي

“Manusia yang paling berhak bersamaku pada hari kiamat ialah yang paling banyak membaca shalawat kepadaku.” (HR Tirmidzi).

Posted in Abimns | Tagged , , | Leave a comment

Pemantaun JHEAINS ke Sek. Ren. Islam Seremban Cawangan Nilai (SRISEN)

27 Okt, Selasa. SRISEN sebagai sebuah sekolah berdaftar di bawah JHEAINS telah menerima lawatan dari pegawainya, Ustaz Amir Intizam bagi memantau pematuhan penutupan sekolah.

Sebagaimana yang ramai maklum, jumlah kes Covid sekitar Seremban telah meningkat sehingga Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengarahkan penutupan sekolah-sekolah sekitar Seremban. Dalam masa yang sama, kawasan Putra Point yang berada di Nilai juga telah dikenakan arahan PKPD.

Semoga kes Covid-19 kembali menurun, terus amalkan langkah-langkah pencegahan: memakai tutup muka, jaga jarak sosial, sentiasa membasuh tangan, sentiasa menjaga kebersihan dan tidak keluar jikalau tidak sihat.

Posted in Abimns | Tagged , | Leave a comment

Menghadiri Mesyuarat Persidangan Pertubuhan-Pertubuhan Islam

12 Okt, Isnin di Wisma MAPPIM.

SU ABIMNS, Sdra Radzi bersama Eksekutif IOANS, Sdra Hadi telah menghadiri mesyuarat Persidangan Pertubuhan-Pertubuhan yang akan diadakan pada bulan Disember di Negeri Sembilan.

Persidangan ini bakal mengumpulkan 313 wakil daripada pertubuhan-pertubuhan Islam seluruh Malaysia serta membincangkan berkenaan dakwah dan kepimpinan di Malaysia.

ABIMNS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sembilan yang menyokong penganjuran persidangan ini.

Posted in Abimns | Leave a comment

ABIMNS dan PPINS turun ke Program Seikhlas Hati Setulus Budi anjuran Majlis Belia Daerah Rembau

3 Oktober 2020, Sabtu – Majlis Belia Daerah Rembau telah menganjurkan program gotong-royong di Kampung Durian Daun, Rembau, N.S. Program ini telah mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi, belia dan masyarakat setempat. Aktiviti yang telah dilaksanakan adalah pembersihan kawasan masjid dan taman perkuburan kampung durian daun.

Posted in Abimns | Leave a comment

Bengkel Kewangan YTPNNS

30 september, Rabu

Yayasan Takmir Pendidikan Negeri-Negeri Sembilan telah mengadakan beberapa siri bengkel bermula daripada Bengkel Struktur Pengurusan pada 16 September.

Bengkel-bengkel ini diadakan bagi menganalisis kelemahan dan memformulasikan penyelesaian bagi menambahbaik institusi pendidikan ABIM Negeri Sembilan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pentadbir, tenaga pengajar dan ibubapa yang menyokong institusi pendidikan ABIM Negeri Sembilan.

Posted in Abimns | Tagged , , | Leave a comment