Exco Abim N.9 beri syarahan di Seminari Teologi Malaysia, Seremban

29 Jun 2017

Sdra.Faridh Omar, exco Abim N.9 dijemput untuk memberi pengisian berkaitan Islam dan Malaysia dari perspektif ABIM di Seminari Teologi Malaysia, Seremban (STM).

Posted in Abimns | Leave a comment

Ziarah Mahabbah Mantan YDP ABIMN9 Ke-2 (1977-1980), Ustaz Hasan Ahmad di Kediaman Beliau di Kota Bharu

Kota Bharu, 28.06.2017; YDP Abimn9 Dr. Zulkifli Hasan dan SU AbimN9 Kamarul Arifin Wafa mengunjungi Ustaz Hasan Ahmad Mantan YDP ABIMN9 Ke-2 (1977-1980) yang kini berada di kg Tiong Dalam Kota Bharu. Turut hadir bersama Ust Amin YDP  Abim Negeri Kelantan. 

Usaha menjejaki mantan-mantan YDP AbimN9 adalah merupakan usaha pihak AbimN9 bagi mengumpulkan data dalam proses penulisan sejarah AbimN9 yang kini telah mencapai usia 45 tahun di persada dakwah.

Posted in Abimns | Leave a comment

Salam Aidilfitri 1438h Maaf Zahir Batin

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan  Batin!

ABIM mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi penghargaan khususnya kepada generasi muda, mahasiswa dan belia yang tampil sebagai sukarelawan dan aktivis sosial melalui ABIM dan pelbagai NGO lain yang berhempas pulas siang dan malam bagi menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan. 

Terbukti melalui pengalaman aktivis di lapangan, peranan NGO Islam dan sinerginya dengan institusi zakat amatlah penting dalam menyampaikan bantuan zakat kepada golongan asnaf di akar umbi.

ABIM mengucapkan selamat menempuh perjalanan dan pemusafiran sewaktu pulang ke kampung halaman dan ziarah menziarahi sanak saudara. 

Marilah kita tanamkan sifat sabar yang dibaja dan dipupuk sepanjang bulan Ramadhan lalu di atas jalan raya dengan pemanduan berhemah. 

Kemalangan jalanraya di musim lebaran telah mengorbankan begitu ramai insan-insan yang kita kasihi dan sayangi. 

Semoga Allah melindungi dan merahmati seluruh umat Islam di Malaysia dan menjadikan negara ini negara yang lebih baik dan sentiasa berada dalam rahmat Ilahi.

Semoga kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun depan, in sya ALLAH.

EID MUBARAK!

ABIM

Posted in Abimns | Leave a comment

Pecutan di minggu akhir Ramadhan oleh petugas ABIMN9

23 Jun 2017

Sepanjang minggu akhir Ramadhan 1438H kali ini, seluruh petugas ABIMN9 terus merancakkan agenda KSSB dan penyerahan wang zakat  di seluruh N.Sembilan. Di samping itu, jemputan iftor perdana juga diraikan.

Aktiviti serahan KSSB dan iftar seperti berikut:

1.Penyampaian duit zakat kokos kpd anak yatim di SDAR oleh YDP

2.Abimns menyertai Multaqa NGO Dakwah

3.SU abimns hadiri iftar MBNNS.

4.Serahan Wang Zakat Kokos oleh pengerusi IOA ABIMN9.

5.Serahan bantuan Ramadhan di Daerah Kuala Pilah oleh pengerusi IOA

6. Serahan wang zakat kokos kpd anak yatim kuala pilah oleh pengerusi IOA ABIMNS.

7.Penyampaian wang zakat kokos kpd anak2 yatim di SK MAMBAU.

8. Abimns & SOCSO menyampaikan bantuan Ramadhan.

9. Pengerusi IOA dan GANDA hadiri iftor anjuran Gereja Seremban

Posted in Abimns | Leave a comment

Abimn9 Raikan Iftar Jamaiyy SRI Seremban

Posted in Abimns | Leave a comment

Serahan KSSB AbimN9 dan zakat Cocos di Nilai

20 Jun 2017

Serahan KSSB seterusnya telak sempurna dilaksanakan di Surau Ar-Rahmah, Cempaka puri Nilai.

Seramai 7 orang penerima terdiri dari ibu tunggal dan anak yatim.

Anda hulurkan bantuan, kami sampaikan.

Posted in Abimns | Leave a comment

Tahniah Setiausaha ABIMN9 Di atas Pentauliahan Peguam Syarie Negeri Johor

Posted in Abimns | Leave a comment